Sunday, October 24, 2010

ANDA BIJAK JAUHI ZINA!

NALURI adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.NALURI ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah.
Kalau NALURI tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu.TIDAK!
Islam tidak suruh membunuh NALURI.Jangan nafikan NALURI ini.Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah.Cuma tundukkan NALURI itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yang sihat pada NALURInya.
Jangan jadi malaikat!Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa NALURI nafsu.

ps:sekadar nak kongsi untuk renungan bersama (hasil dapatan ceramah drpd RAUDHATUS SAKINAH..)renung-renungkan dan selamat beramal! =)

1 comment: